SEULAS BICARA

SEULAS BICARA

Monday 2 July 2012

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA




TN. HJ MOHD ZALKORNAIN B JAAFAR
NOV 2010 - APRIL 2012

JASAMU DIKENANG



TERIMA KASIH DARIDA : WARGA SMK RAJA SHAHRIMAN

MINGGU SKETSA BAHASA INGGERIS ( PROGRAM KRK)

TARIKH : 5 JULAI 2012
MASA   
TEMPAT : DEWAN SMK RAJA SHAHRIMAN


Tuesday 3 April 2012

HARI ANUGERAH 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

TARIKH : 30 APRIL 2012 ( ISNIN )

MASA    : 8.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SMK RAJA SHAHRIMAN

 PIHAK SEKOLAH MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARIPADA BEKAS PELAJAR & WARGA SMK RAJA SHAHRIMAN UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI
 SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN : PIBG SMK RAJA SHAHRIMAN ATAUPUN BERURUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH .
 NO TEL SEKOLAH : 05-6749237

Tuesday 6 March 2012

KEPUTUSAN STPM 2011 PADA RABU, 7 MAC 2012

Semua calon sekolah boleh mengambil slip keputusan mulai jam 12.00 tengah hari. Keputusan akan diedarkan di Dewan Utama. Semua calon diminta mengambil dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan, dan lain-lain daripada Guru Tingkatan masing-masing. Tahniah kepada semua calon yang mendapat sekurang-kurangnya 3P. Semoga anda semua berjaya menjejaki kaki ke IPTA pilihan masing-masing.

MAJLIS KONSULTASI DAN AKUJANJI PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2012

Program ini akan berlangsung pada masa dan tarikh seperti berikut:
              Tarikh : Jumaat, 9 Mac 2012
               Masa : 7.45 pg - 12.15 tgh
              Tempat: Dewan Utama SMKRS
Semua ibubapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki PMR. SPM dan STPM pada tahun 2012 ini dijemput hadir bersama bagi membincangkan sasaran anak-anak dalam peperiksaan tersebut.

Aturcara:
             7.45 - 8.00 pg.        : Pendaftaran Ibubapa/Penjaga
             8.00 - 10.30 pg       : Perbincangan Prestasi pelajar secara individu antara ibubapa
                                                dengan guru kelas
           10.30 - 11.00 pg       : Ucapan Pengetua
           11.00 - 11.30 pg.      : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
           11.30 - 12.15 tgh      : Majlis Akujanji
           12.15 tgh                   : Bersurai

 

SMK RAJA SHAHRIMAN NAIB JOHAN BOLASEPAK BAWAH-15 TAHUN MSS DAERAH MANJUNG

SMK Raja Shahriman tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun 2011 apabila tewas pada perlawanan akhir kepada SMK Seri Manjung. Perlawanan sepenuh masa terikat 0-0 dan terpaksa bermain dalam masa tambahan dengan keputusan masih 0-0. Penentuan Juara telah dibuat melalui tendangan penalti di mana SMK Raja Shahriman gagal menyumbat sebarang gol dan tewas kepada SMK Seri Manjung dengan tendangan penalti 3-0. Namun begitu, diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat sebagai Pengurus dan Jurulatih - Cikgu Khairul Azuan, Cikgu Hashim, Cikgu Azmi, Cikgu Hakkim, dll. Diharap pasukan bawah-18 tahun akan membawa kejayaan apabila bermain pada 19 Mac 2012 nanti.

Thursday 12 January 2012

PERTANDINGAN BADMINTON MSSD MANJUNG 2012 17/1 HINGGA 19/1/2012 : SMKRS TUAN RUMAH

Buat pertama kalinya SMK Raja Shahriman dilantik menjadi Pengerusi Pertandingan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Manjung. Sebanyak 20 buah sekolah daerah Manjung akan mengambil bahagian. Kategori yang akan dipertandingkan adalah -  Lelaki dan Permpuan bawah-15 tahun dan bawah-18 tahun.
SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN.
            

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 KRK dan KAA
TARIKH: ISNIN, 16 JANUARI 2012
MASA : 9.00 PG.
TEMPAT: DEWAN BESAR SMKRS

Bilangan pelajar KRK : 29 orang
Bilangan pelajar KAA : 32 orang

SELAMAT DATANG SEMOGA ANDA SEMUA CEMERLANG DI SMKRS.

Wednesday 11 January 2012

LATIHAN MERENTAS DESA

LATIHAN MERENTAS DESA AKAN DI ADAKAN SEPERTI BERIKUT :
  TEMPAT : PADANG SEKOLAH SMK RAJA SHAHRIMAN
  MASA     : 3.30 PETANG
  TARIKH : 10 , 11 , 12 JANUARI 2012

  PAKAIAN : PAKAIAN SUKAN

HARI ISNIN & RABU          - RUMAH SUKAN -  SULTAN & BENDAHARA
HARI SELASA & KHAMIS -  RUMAH SUKAN LAKSAMANA & TEMENGGUNG