SEULAS BICARA

SEULAS BICARA

Tuesday 6 March 2012

KEPUTUSAN STPM 2011 PADA RABU, 7 MAC 2012

Semua calon sekolah boleh mengambil slip keputusan mulai jam 12.00 tengah hari. Keputusan akan diedarkan di Dewan Utama. Semua calon diminta mengambil dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan, dan lain-lain daripada Guru Tingkatan masing-masing. Tahniah kepada semua calon yang mendapat sekurang-kurangnya 3P. Semoga anda semua berjaya menjejaki kaki ke IPTA pilihan masing-masing.

MAJLIS KONSULTASI DAN AKUJANJI PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2012

Program ini akan berlangsung pada masa dan tarikh seperti berikut:
              Tarikh : Jumaat, 9 Mac 2012
               Masa : 7.45 pg - 12.15 tgh
              Tempat: Dewan Utama SMKRS
Semua ibubapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki PMR. SPM dan STPM pada tahun 2012 ini dijemput hadir bersama bagi membincangkan sasaran anak-anak dalam peperiksaan tersebut.

Aturcara:
             7.45 - 8.00 pg.        : Pendaftaran Ibubapa/Penjaga
             8.00 - 10.30 pg       : Perbincangan Prestasi pelajar secara individu antara ibubapa
                                                dengan guru kelas
           10.30 - 11.00 pg       : Ucapan Pengetua
           11.00 - 11.30 pg.      : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
           11.30 - 12.15 tgh      : Majlis Akujanji
           12.15 tgh                   : Bersurai

 

SMK RAJA SHAHRIMAN NAIB JOHAN BOLASEPAK BAWAH-15 TAHUN MSS DAERAH MANJUNG

SMK Raja Shahriman tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun 2011 apabila tewas pada perlawanan akhir kepada SMK Seri Manjung. Perlawanan sepenuh masa terikat 0-0 dan terpaksa bermain dalam masa tambahan dengan keputusan masih 0-0. Penentuan Juara telah dibuat melalui tendangan penalti di mana SMK Raja Shahriman gagal menyumbat sebarang gol dan tewas kepada SMK Seri Manjung dengan tendangan penalti 3-0. Namun begitu, diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat sebagai Pengurus dan Jurulatih - Cikgu Khairul Azuan, Cikgu Hashim, Cikgu Azmi, Cikgu Hakkim, dll. Diharap pasukan bawah-18 tahun akan membawa kejayaan apabila bermain pada 19 Mac 2012 nanti.